Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Program Hari KKR Bersama Pelanggan secara Online. Perlaksanaan program ini berkonsepkan hari terbuka melalui penyediaan kaunter perkhidmatan khas. Program ini bertujuan untuk memberikan kemudahan khidmat nasihat secara serta-merta serta menyediakan kemudahan untuk pelanggan berkomunikasi dengan pegawai-pegawai KKR. Berikut adalah cara penggunaanya:-

1. Kenalpasti kaunter perkhidmatan dan status yang ingin dihubungi

2. Klik pada butang status kaunter berkenaan

3. Pada laman baru dipaparkan, isi ruangan kosong dan klik butang Mula Perbualan atau Hantar Mesej

4. Mulakan perbualan pada ruangan yang diberi sekiranya kaunter perkhidmatan berstatus Atas Talian

5. Pegawai kami akan mula memberi maklum balas perbualan anda

6. Selepas selesai, anda boleh tutup terus dengan klik pada ikon

Nama Kaunter Bahagian Penerangan Status
BPP Bahagian Pembangunan dan Penswastaan Memastikan semua projek pembangunan di bawah kawalan Kementerian Kerja Raya dilaksanakan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan LiveZilla Live Chat Software
BA Bahagian Akaun Memastikan perakaunan Kementerian Kerja Raya dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan bertanggungjawab LiveZilla Live Chat Software
BPKU Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan

Pusat pendaftaran bagi semua kontraktor-kontraktor kerja di peringkat persekutuan dan Negeri dan urusan yang berkaitan, Memberi pengiktirafan Bumiputera kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan.

Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang melaksanakan kontrak tetapi kepada Jabatan/Agensi Kerajaan yang tiada mempunyai unit khasnya sendiri untuk memberi bantuan kepada mereka.

Memantau pembangunan / perkembangan kontraktor binaan bumiputera yang melibatkan KKR dan agensinya.

LiveZilla Live Chat Software
BPSM Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Menguruskan kemajuan kerjaya, pembangunan sumber manusia dan bimbingan warga Kerja Raya LiveZilla Live Chat Software
BPJ Bahagian Perancang Jalan Merangka dasar rangkaian lebuh raya/jalan raya Kebangsaan yang cekap, ekonomi dan selamat yang boleh menjana pembangunan sosio-ekonomi negara LiveZilla Live Chat Software
BPM Bahagian Pengurusan Maklumat Menyokong Kementerian Kerja Raya ke arah sebuah organisasi terbilang melalui pelaksanaan program Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) LiveZilla Live Chat Software
BPF Bahagian Pengurusan Fasiliti Mengawalselia, memantau dan memastikan polisi berkaitan penswastaan penyenggaraan bangunan gunasama dan jalan persekutuan dilaksanakan menepati perjanjian penswastaan. LiveZilla Live Chat Software
BDP Bahagian Dasar Dan Hubungan Antarabangsa

Meneliti dan Memantau Dasar Liberalisasi Sektor Pembinaan dan Perkhidmatan Profesional sebagaimana yang diputuskan oleh Kerajaan.

Menyelaras perancangan dan pengendalian Pertandingan Kemahiran Malaysia, ASEAN Skill Competition dan World Skill Competition di kalangan agensi awam dan swasta.

LiveZilla Live Chat Software
BK Bahagian Kewangan Menjadikan Pengurusan Kewangan Kementerian Kerja Raya di tahap kelas pertama LiveZilla Live Chat Software
JKR Jabatan Kerja Raya Perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengawasan projek dengan memastikan masa dan sumber yang ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut objektif JKR dan kehendak pelanggan LiveZilla Live Chat Software
CIDB Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Memajukan dan menggalakkan pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri pembinaan; Menasihati dan membuat syor-syor kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan LiveZilla Live Chat Software
LLM Lembaga Lebuhraya Malaysia Menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan penyelenggaraan lebuhraya - lebuhraya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan LiveZilla Live Chat Software
LJM Lembaga Jurutera Malaysia Mendaftar Jurutera Profesional, Jurutera Siswazah, Jurutera Sementara, Amalan Kejuruteraan Perunding dan Pemeriksa Bertauliah. Menentukan dan mengawalselia tata kelakuan serta etika profesion kejuruteraan LiveZilla Live Chat Software
LJBM Lembaga Juruukur Bahan Malaysia Pendaftaran juruukur bahan, firma dan badan korporat perunding ukur bahan yang menjalankan perkhidmatan ukur bahan; dan menjaga etika dan mengawal profesyen juruukur bahan di Malaysia LiveZilla Live Chat Software
LAM Lembaga Arkitek Malaysia Mendaftar Arkitek Profesional, Arkitek Graduan, Perekabentuk Dalaman, Pelukis Pelan Bangunan dan praktis perunding senibina; Menetapkan serta mengawalselia tatakelakuan dan etika Arkitek Profesional, Arkitek Graduan, Perekabentuk Dalaman dan Pelukis Pelan Bangunan LiveZilla Live Chat Software
UMUM Kaunter Pertanyaan Pertanyaan mengenai kaunter. UKK bertanggungjawab sebagai barisan hadapan kementerian dari segi peningkatan imej korporat dan pengurusan aduan awam KKR LiveZilla Live Chat Software